Sabtu, 15 Oktober 2011

WADHIFATUR RASUL

Objektif


1.       Memahami tugas Rasulullah sebagai pembawa risalah dakwah dan penegak dienullah.
2.       Dapat menyebutkan bentuk-bentuk keteladanan Rasulullah dalam melaksanakan misinya.
3.       Termotivasi untuk meneruskan jejak risalah dalam menegakkan dienullah.

Sinopsis


Tugas Rasul dapat dibagi kepada dua iaitu menyampaikan risalah dan menegakkan dienullah.  Kedua tugas ini adalah intisari dari perintah Allah SWT dan amalan dakwah Nabi Muhammad SAW.  Risalatud dakwah yang dibawa oleh Nabi adalah memperkenalkan masyarakat Jahiliyah kepada penciptanya, perkara ini tidaklah begitu sukar karena setiap manusia mempunyai fitrah untuk menerima kholiq.   Setelah itu menjadikan mereka sebagai muslim.  Sebagai muslim, perlu untuk mengetahui bagaimana cara beribadah dan mengikuti Islam.  Tugas Rasul diantaranya adalah menjelaskan cara pengabdian kepada Allah, menjelaskan Islam sebagai panduan hidup.  Usaha menyampaikan risalah secara berkesan dengan melaksanakan tarbiyah Islamiyah iaitu dengan menekankan kepada arahan dan nasihat.

Tugas kedua adalah menegakkan dienullah.  Tugas ini tidak semua muslim memahaminya atau tidak mengetahui bagaimana untuk merealisasikannya.  Rasul sebagai pembawa risalah adalah suatu pengetahuan umum bagi kita tetapi tidak demikian dengan peranan untuk menegakkan agama Allah.  Beberapa aktiviti untuk menegakkan dien Allah ini adalah menegakkan khilafah, membangun rijal, minhajud dakwah dan merealisasikan risalah.

Hasyiah


1.     Wazifatur Rasul  (tugas Rasul).

Sarahan :

Allah SWT memerintahkan Rasul untuk menyampaikan wahyu dan sebagai hasil dari penyebaran wahyu ini adalah terbentuknya dienullah.  Oleh karena itu tugas utama menyampaikan dakwah ini juga perlu diiringi dengan menegakkan dien Allah.  Kedua tugas ini saling berkaitan oleh sebab itu, kita perlu memahaminya secara mendalam agar dapat menjalankan dakwah dengan baik.  Menyampaikan risalah adalah pekerjaan Nabi yang utama dan kitapun sudah mengikuti tugas ini sebagai kewajiban dari seorang muslim.  Namun demikian, tidak ramai muslim mengetahui dan bagaimana menyusun dakwah hingga tegaknya dien Allah.

Dalil :

·         Q.5:67, Rasul diperintahkan untuk menyampaikan dakwah.
·         Q.42:13-15, Allah memberikan wasiat kepada para Rasul untuk menegakkan dien.


2.     Risalatud Dakwah  (menyampaikan dakwah).

Sarahan :

Tugas Rasul yang diperintahkan langsung oleh Allah SWT dan merupakan ciri-ciri dari kerasulan adalah menyampaikan dakwah kepada manusia.  Dalam menyampaikan dakwah, Allah SWT di dalam firmannya banyak yang menggugah hati manusia dengan mengingatkan mereka kepada ciptaan Allah yang maha agung, samada memperlihatkan alam semesta, hewan ataupun tumbuh-tumbuhan.  Setelah itu bagaimana cara beribadah.  Usaha perubahan ini dilakukan oleh Rasul secara berkesan melalui tarbiyah Islamiyah.

Dalil :

·         Q.5:67, Rasul diperintahkan untuk menyampaikan dakwah.
·         Q.33:39, Nabi menyampaikan risalah agama Allah.


2.1. Makrifatul Kholiq  (mengenal pencipta).

Sarahan :

·         Mengenal Allah adalah suatu yang mudah bagi fitrah manusia.  Mengenal Kholiq melalui mahluk iaitu alam semesta dan manusia, seperti kejadian alam, proses pembentukan manusia, pergantian …
·         Mengikut kepada firmanNya bahawa setiap mukmin akan diberi kedudukan sebagai khalifah dimuka bumi ke atas mahluk lainnya.  Namun demikian dari segi kenyataan tidak semuanya orang Islam mendapatkan kedudukan khalifah.  Mereka yang mendapatkan peranan khalifah adalah mereka yang berusaha untuk berdakwah dan menegakkan dien Allah sahaja.

Dalil :

·         Q.24:55, Allah akan mengangkat kamu menjadi khalifah sebagaimana orang sebelum kamu, Allah akan menetapkan agama Islam yang diredhainya untuk mereka, dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan.
·         Q.48:27, pandangan Nabi yang dibenarkan Allah dalam meramalkan kemenangan Islam.

2.2. Binau Rijal  (membangun Rijal).

Sarahan :

Menegakkan dien tidak mungkin dikerjakan sendirian sahaja.  Usaha ini perlu dilakukan secara berjamaah.  Mereka yang bersamapun perlu memiliki kekuatan, kefahaman yang jelas, aqidah yang bersih dan memegang minhaj yang betul.  Kebersamaan dari kader-kader diperolehi melalui pembangunan rijal.  Tarbiyah adalah usaha untuk membangun rijal yang dipersiapkan sebagai tonggak dakwah.  Cara bagaimana bina rijal ini kita merujuk kembali bagaimana Rasul melaksanakan pembinaan kepada para sahabat.

Dalil :

·         Q.3:104,  bentuklah dari sebahagianmu orang untuk melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar.

2.3. Minhajud Dakwah (panduan dakwah).

Sarahan :

·         Al-Qur’an dan Sunnah adalah minhaj dakwah yang penuh dengan petunjuk-petunjuk bagaimana menjalankan dakwah.  Banyak contoh-contoh misalnya kita disuruh berdakwah lembut, ramah, tidak boleh keras, dengan pengajaran yang baik, nasehat, memaafkan dan mengampunkan mereka.
·         Minhaj Dakwah dalam menegakkan dien juga membincangkan bagaimana dakwah melalui pendekatan ekonomi, budaya, sosial dan politik.  Selain itu Rasul juga menggambarkan dakwah mengikuti potensi masing-masing seperti di zaman sekarang sebagai consultant, accountant, engineer dan sebagainya.

Dalil :

·         Q.3:159, pendekatan dakwah yang lembut dan ramah dapat mengelakkan mad’u dari bercerai berai.  Elakkan berbuat jahat, berhati kasar dalam pendekatan dakwah.

2.4. Tathbiqur Risalah  (aplikasi risalah).

Sarahan :

Aplikasi dari penerimaan risalah Islam adalah mengamalkan Islam secara keseluruhannya dalam kehidupan seharian.  Tegaknya dien tidak akan wujud apabila mereka yang menerima sekedar tahu dan kemudian tidak mengamalkan.  Tegaknya dien akan tercapai apabila setiap individu mengaplikasikannya dalam hidup.  Setelah mereka tahu, kemudian diamalkan ke dalam dirinya dan didakwahkan kepada orang lain merupakan usaha yang dapat mempercepat tegaknya dien di muka bumi ini.

Dalil :

·         Q.2:208, Orang beriman disuruh masuk (mengamalkan) Islam secara keseluruhan.
·         Q.6:162, katakanlah sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya bagi Allah, tuhan semesta alam.


Ringkasan Dalil :


·         Umum  :
·         Menyampaikan  (5:67, 33:39).
·         Memperkenalkan Al Khaliq  (7:175).
·         Menjelaskan cara pengabdian  (hadits).
·         Menjelaskan pedoman hidup  (hadits).
·         Mendidik para sahabat dengan arahan dan nasihat.

·         Khusus  :
·         Menegakkan dienullah  (42:13-15).
·         Menegakkan khilafah  (24:55, 48:27).
·         Membina kader  (3:104).
·         Membuat konsep dakwah  (3:159).
·         Melaksanakan panduan hidup  (2:208, 6:162).

0 komentar:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com DIMODIFIKASI OLEH KANG PENDI